Friday, September 11, 2015

Wahabi - Abdul Wahab, Abdul Wahib dan Abdul Wahub

BISMILLAH
Antara Wahabi dan "Ahli Sunnah Wal Jamaah"...yang mana satu golongan yang benar di atas landasan Quran dan Sunnah?

Dalam mengerjakan sesuatu perkara yang melibatkan ugama, kita diperintahkan supaya hanya melakukan apa yang ALLAH syariatkan sahaja dan syariat ini mesti berdasarkan dalil yang benar dan sohih sama ada ianya dari Quran atau pun Sunnah Rasul NYA yang ditulis sebagai Hadis.

Sekiranya tidak berdasarkan dalil yang benar dan sohih, maka ianya disebut sebagai "hawa nafsu".

Surah Al-Jathiya, Verse 18:
ثُمَّ جَعَلْنَاكَ عَلَىٰ شَرِيعَةٍ مِّنَ الْأَمْرِ فَاتَّبِعْهَا وَلَا تَتَّبِعْ أَهْوَاءَ الَّذِينَ لَا يَعْلَمُونَ

Kesudahannya Kami jadikan engkau (wahai Muhammad dan utuskan engkau) menjalankan satu Syariat (yang cukup lengkap) dari hukum-hukum ugama; maka turutlah Syariat itu, dan janganlah engkau menurut hawa nafsu orang-orang yang tidak mengetahui (perkara yang benar).

Bila ditanya pada pelaku-pelaku ibadat-ibadat rekaan, mereka akan berhujah serta berdalilkan logik akal untuk menghalalkan ibadat-ibadat tersebut.

Mereka pula "menyangka" bahawa ibadat-ibadat rekaan tersebut akan diberikan ganjaran pahala oleh ALLAH SWT padahal apa yang mereka kata itu adalah satu pendustaan yang besar terhadap ALLAH sehingga ALLAH memasukkan mereka dalam golongan orang-orang yang "teramat" zalim terhadap NYA.

Firman ALLAH dalam surah Hud, Verse 18:
وَمَنْ أَظْلَمُ مِمَّنِ افْتَرَىٰ عَلَى اللَّهِ كَذِبًا أُولَٰئِكَ يُعْرَضُونَ عَلَىٰ رَبِّهِمْ وَيَقُولُ الْأَشْهَادُ هَٰؤُلَاءِ الَّذِينَ كَذَبُوا عَلَىٰ رَبِّهِمْ أَلَا لَعْنَةُ اللَّهِ عَلَى الظَّالِمِينَ

Dan tidak ada yang lebih zalim daripada orang-orang yang mereka-reka perkara-perkara dusta terhadap Allah! Orang-orang yang demikian sifatnya akan dibawa mengadap Tuhan mereka, dan pada hari itu akan berkatalah saksi-saksi (dari malaikat-malaikat, Nabi-nabi, dan anggota-anggota tubuh mereka sendiri): "Inilah orang-orang yang membuat-buat dusta terhadap Tuhan mereka". Ketahuilah (sesungguhnya) laknat Allah tertimpa kepada orang-orang yang zalim!

Siapakah yang orang-orang yang zalim itu? Orang-orang zalim itu adalah orang-orang yang seperti ayat berikutnya iaitu

Surah Hud, Verse 19:
الَّذِينَ يَصُدُّونَ عَن سَبِيلِ اللَّهِ وَيَبْغُونَهَا عِوَجًا وَهُم بِالْآخِرَةِ هُمْ كَافِرُونَ

Orang-orang yang menghalang dirinya sendiri dan orang lain dari jalan ugama Allah dan berusaha supaya jalan itu menjadi bengkok terpesong, sedang mereka pula ingkarkan hari akhirat;

Kalau ditafsirkan ayat 19 surah hud ini dengan situasi semasa, mereka ini lazimnya adalah puak yang menentang apabila dikatakan bahawa ibadat yg mereka amalkan itu bukan ibadat ajaran Nabi. Mereka bermatian-matian mempertahankannya dengan hujah-hujah akal yang dapat menarik sokongan orang ramai terhadap hujah akal nya itu. Inilah yang dimaksudkan sbg org-org yg menghalangi dirinya sendiri dan org lain dari mengikuti jalan ugama ALLAH yang lurus. Mereka mempertahankan ibadat-ibadat rekaan ini dengan hujah-hujah bathil supaya orang lain turut sama mengikuti jalan yang bengkok itu.

Mereka yang reka syariat mengelarkan diri mereka "Ahli Sunnah Wal Jamaah" Manakala penyeru-penyeru kebenaran Tauhid dan Sunnah pula dilabelkan sebagai Wahabi dgn diberikan gambaran dan identiti yang buruk pada istilah Wahabi itu.

Apakah layak bagi mereka mengaku "Ahli Sunnah" sedangkan apa yang mereka amalkan itu bukannya dari Sunnah Nabi?

Wallahua'lam

No comments:

Post a Comment