Tuesday, September 8, 2015

Periksa akidah kita melalui shahadah - Part 2

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM.
Kalimah Kedua.

Kali ini akan dijelaskan pula tafsir bagi kalimah

وأشهد أن محمدا رسول الله
Tafsir atau maksud sebenar kalimah kedua ini pula adalah Aku berjanji pada MU ya ALLAH bahawa aku "HANYA" taat pada ajaran Nabi Muhammad Rasul ALLAH.

Kalimah kedua ini adalah perjanjian kita pada ALLAH untuk taat pada ajaran Nabi Muhammad yang dilantik ALLAH sebagai pesuruh NYA.

Apakah tugas Nabi Muhammad sebagai pesuruh ALLAH?
Tugas Nabi Muhammad hanyalah menerima, mengamal serta menyebar wahyu ALLAH Ta'ala.

Adakah Nabi mempunyai hak untuk mereka cipta syariat, ibadah atau amalan dalam ugama Islam?
Jawapannya "TIDAK!". Dalam surah Yunus ayat 15, Nabi Muhammad membuat pengakuan bahawa Baginda tidak mempunyai hak untuk mereka cipta syariat, ibadat atau amalan dalam ugama Islam. Baginda "HANYA" menurut terhadap apa yang ALLAH perintahkan (wahyukan) sahaja.

وَإِذَا تُتْلَىٰ عَلَيْهِمْ آيَاتُنَا بَيِّنَاتٍ قَالَ الَّذِينَ لَا يَرْجُونَ لِقَاءَنَا ائْتِ بِقُرْآنٍ غَيْرِ هَٰذَا أَوْ بَدِّلْهُ قُلْ مَا يَكُونُ لِي أَنْ أُبَدِّلَهُ مِن تِلْقَاءِ نَفْسِي إِنْ أَتَّبِعُ إِلَّا مَا يُوحَىٰ إِلَيَّ إِنِّي أَخَافُ إِنْ عَصَيْتُ رَبِّي عَذَابَ يَوْمٍ عَظِيمٍ

Dan apabila dibacakan kepada mereka ayat-ayat Kami yang jelas nyata, berkatalah orang-orang yang tidak menaruh ingatan menemui Kami (untuk menerima balasan): "Bawalah Quran yang lain daripada ini atau tukarkanlah dia ". Katakanlah (wahai Muhammad): "Aku tidak berhak menukarkannya dengan kemahuanku sendiri, aku hanya tetap menurut apa yang diwahyukan kepadaku sahaja. Sesungguhnya aku takut, - jika aku menderhaka kepada Tuhanku, - akan azab hari yang besar (soal jawabnya)".

Kenapa Nabi tidak mempunyai hak berbuat demikian?
Kerana Nabi tahu bahawa ugama Islam ni "HANYA" milik ALLAH sepertimana Firman ALLAH dalam sebahagian ayat 3 surah Az-Zumar.

Surah Az-Zumar, Verse 3:

أَلَا لِلَّهِ الدِّينُ الْخَالِصُ
Ingatlah! Hanya milik Allah agama yang murni (dari segala rupa bentuk syirik).

Dalil di atas mempunyai dua perkara yang ALLAH beritahu. Pertama...ALLAH beritahu pada kita bahawa Ugama Islam ni adalah milik DIA dan yang keduanya ALLAH beritahu bahawa segala syariat, ibadat atau amalan dalam ugama Islam milik DIA ini adalah bersih murni dari perkara yang mensyirikkan DIA. Bermakna, jika syariat, ibadat atau amalan yang direka (bidaah)...yang bukan dari wahyu NYA..."PASTI" ada kesyirikkan di dalamnya. Mudah fahamnya bahawa bidaah ini adalah syirik pada ALLAH.

jadi...berdasarkan dalil-dalil yang telah diberikan, jelaslah bahawa Nabi Muhammad bukanlah seorang yang boleh reka syariat, ibadat atau amalan dalam ugama Islam milik ALLAH. Segala-gala yang di langit dan di bumi semuanya milik ALLAH termasuklah ugama Islam itu sendiri.

Surah Yunus, Verse 55:
أَلَا إِنَّ لِلَّهِ مَا فِي السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ أَلَا إِنَّ وَعْدَ اللَّهِ حَقٌّ وَلَٰكِنَّ أَكْثَرَهُمْ لَا يَعْلَمُونَ

Ingatlah! Sesungguhnya segala yang ada di langit dan di bumi adalah kepunyaan Allah. Awaslah! Sesungguhnya janji Allah itu adalah benar, tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui.

Soalan pada kita...Jika Nabi lagi Rasul pun tidak mempunyai hak untuk reka cipta syariat, ibadat atau amalan dalam ugama milik ALLAH, adakah kita yang bukan Nabi ni mempunyai hak tersebut?
Soalan ni jawap sendiri...

Bagaimana hendak membezakan antara wahyu ALLAH yang menjadi sunnah Nabi Muhammad dengan bidaah syariat, ibadat atau amalan rekaan manusia yang sudah pasti bukan dari wahyu ALLAH?
Jawapannya perlu belajar memahami isi kandung Quran dan Sunnah (Hadis) kerana Quran itu sendiri bermaksud pembeza yang haq dengan yang bathil....pembeza yang tauhid dengan yang syirik. Manakala Sunnah (Hadis) adalah pembeza yang Sunnah dengan yang Bidaah....pembeza yang Nabi ajar dengan yang manusia reka.

Adakah batal perjanjian iaitu perjanjian kalimah shahadah yang kedua jika kita melakukakan ibadat yang bukan dari ajaran Nabi Muhammad kerana sesungguhnya apa yang diajar Nabi adalah wahyu dari ALLAH?
Jawapannya "BATAL" perjanjian kita yang kedua kerana kita sudah berjanji untuk taat ajaran Nabi Muhammad saja tetapi ajaran yang bukan dari Nabi pun kita taat iaitu ajaran yang direka manusia.

Apakah syariat, ibadat atau amalan dalam ugama yang direka oleh manusia?
Secara ringkasnya apa saja syariat, ibadat atau amalan yang tidak ada dalil Quran mahupun Sunnah Nabi ( dalil Hadis) semuanya rekaan.

Macam manalah keadaan orang-orang yang tidak belajar Quran dan Sunnah (Hadis) dapat memastikan bahawa ibadat atau amalan mereka selari dengan Quran dan Sunnah Nabi?

Wallahua'lam

No comments:

Post a Comment