Tuesday, September 8, 2015

Periksa akidah kita melalui shahadah - Part 1

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM.
Kalimah Pertama.

Apakah lafaz kalimah shahadah?
Secara ringkasnya, lafaz kalimah shahadah adalah lafaz perjanjian atau ikrar kita pd ALLAH terhadap dua perkara.

Apakah dua perkara yg dimaksudkan?
Dua perkara yang dimaksudkan :

Pertama perkara berkenaan akidah tauhid iaitu lafaz pertama adalah perjanjian kita untuk meng Esa kan ALLAH dengan tidak membuat atau mengamalkan apa jua bentuk syirik pd NYA sama ada dalam ibadat mahupun doa :
أشهد أن لا إله إلا الله.
Tafsir atau maksud sebenar kalimah pertama ini adalah Aku berjanji pada MU ya ALLAH bahawa tidak ada perantaraan, sembahan, pujaan, seruan dalam doa serta ibadat melainkan "hanya" serta "terus" kpd MU sahaja.

Selari dengan maksud surah Al-Fatihah ayat 5:

إِيَّاكَ نَعْبُدُ
Engkaulah sahaja yang kami sembah.
(bermaksud sembah, puja seru ALLAH hanya dengan cara ibadat yang ALLAH wahyukan saja),

وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ
dan kepada Engkaulah sahaja kami memohon pertolongan.
(bermaksud doa hanya terus pada ALLAH tanpa perantaraan)

Bagaimana untuk menjaga kalimah perjanjian pertama ini daripada rosak atau batal?
Untuk jaga perjanjian pertama ini adalah dengan dimulakan dengan belajar wahyu ALLAH yang paling utama iaitu belajar memahami isi kandung Quran.

Hampir keseluruhan isi kandung Quran ini adalah berkenaan tauhid dalam ibadah dan juga doa. Kekufuran terbesar manusia terdahulu hingga sekarang adalah berkaitan dengan dua perkara ini iaitu kekufuran dalam ibadah dan juga doa.

Contohnya cerita berkenaan musyrikin mekah. Musyrikin mekah ini adalah satu golongan yang menganut islam berpandukan syariat Nabi Ibrahim A.S. Namun, musyrikin mekah ini mencampur adukkan yang haq dengan yang bathil sama ada dalam ibadat mahupun doa. Mereka tidak lagi beribadat dengan ibadat yang "original" sepertimana yang Nabi Ibrahim ajar dan mereka musyrikin mekah ini juga menjadikan makhluk yang mereka puja sebagai patung-patung berhala untuk dijadikan perantaran mereka untuk berdoa kepada ALLAH.

Mereka musyrikin mekah ini sebenar mengaku bahawa ALLAH adalah Tuhan yang Maha Berkuasa serta Maha Mengetahui dalam urusan penciptaan langit dan bumi. Dalil antaranya

Surah Az-Zukhruf, Verse 9:
وَلَئِن سَأَلْتَهُم مَّنْ خَلَقَ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضَ لَيَقُولُنَّ خَلَقَهُنَّ الْعَزِيزُ الْعَلِيمُ

Dan demi sesungguhnya! Jika engkau (wahai Muhammad) bertanya kepada mereka (musyrikin mekah) itu:" Siapakah yang menciptakan langit dan bumi?" Sudah tentu mereka akan menjawab: "Yang menciptakannya ialah Allah Yang Maha Kuasa, lagi Maha Mengetahui".

* Cuba tanya kawan-kawan anda yang berugama kristian, hindu serta buddha, siapakah Tuhan mereka? Mereka pasti akan jawab Tuhan yang buat langit dan bumi dan tanya berapa banyak Tuhan mereka? Mereka pasti akan menjawab 1 sahaja. Lepas tu tanya mereka pula tentang berhala yg mereka sembah tu siapa sebenarnya? Mereka akan kata bahawa berhala-berhala tu sebenarnya wakil mereka (perantaraan) utk sampaikan apa saja pd Tuhan termasuklah doa.

Akibat salah faham serta ragu-ragu pada Tuhan, menyebabkan mereka telah dipesong oleh syaitan. Mereka musyrikin mekah ini mengambil serta melantik pujaan-pujaan mereka sebagai perantaraan bukannya niat untuk buat syirik.

Mereka berniat baik dengan sangkaan bahawa makhluk-makhluk pujaan mereka itu menjadi perantaraan agar dapat membawa mereka (musyrikin mekah) ini mendekatkan diri mereka kepada ALLAH sehampir-hampirnya. Sebahagian ayat 3 dalam surah Az-Zumar adalah dalil kepada tujuan musyrikin mekah lantik pujaan mereka sebagai perantaraan ALLAH.

Sebahagian ayat 3 surah Az-Zumar
........وَالَّذِينَ اتَّخَذُوا مِن دُونِهِ أَوْلِيَاءَ مَا نَعْبُدُهُمْ إِلَّا لِيُقَرِّبُونَا إِلَى اللَّهِ زُلْفَىٰ..........

........Dan orang-orang musyrik (musyrikin mekah) yang mengambil selain dari Allah untuk menjadi pelindung dan penolong (sambil berkata): "Kami tidak menyembah atau memujanya melainkan supaya mereka dapat mendampingkan kami kepada Allah sehampir-hampirnya"..........

Begitulah ringkasan cerita tentang kekufuran musyrikin mekah dalam hal ibadat dan doa

seperti yang diceritakan dalam Quran sebagai contoh untuk menerangkan kaitannya dengan kalimah perjanjian pertama.

Jadi, untuk part 2 insyaAllah akan disambung dalam tulisan akan datang. Part 2 akan dihuraikan pula perkara kedua iaitu maksud kalimah perjanjian kita pada ALLAH yang kedua berkenaan bidaah dalam ugama.

Wallahua'lam

No comments:

Post a Comment