Tuesday, September 15, 2015

Tauhid Dalam Berdoa....

Bismillah
Surah Al-Baqara, Verse 127:
وَإِذْ يَرْفَعُ إِبْرَاهِيمُ الْقَوَاعِدَ مِنَ الْبَيْتِ وَإِسْمَاعِيلُ رَبَّنَا تَقَبَّلْ مِنَّا إِنَّكَ أَنتَ السَّمِيعُ الْعَلِيمُ

Dan (ingatlah) ketika Nabi Ibrahim bersama-sama Nabi Ismail meninggikan binaan asas-asas (tapak) Baitullah (Kaabah) itu, sambil keduanya berdoa dengan berkata: "Wahai Tuhan kami! Terimalah daripada kami (amal kami); sesungguhnya Engkaulah yang Maha Mendengar, lagi Maha mengetahui;

Lazimnya di dalam Quran, jika penghujung ayat menyatakan sifat ALLAH Yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui bermakna ayat itu adalah berkaitan DOA. Rujuk ayat di atas, Surah Al Baqarah ayat 127.

Ayat ini adalah salah satu wahyu ALLAH dalam mengajar kita betapa pentingnya doa sehinggakan amal soleh yang kita buat pun, kena berdoa agar diterima ALLAH.

Kebanyakkan orang kebiasaannya berdoa mintak umur panjang, murah rezeki dan berbagai-bagai lagi nikmat dunia yg lain sedangkan keutamaan dalam berdoa adalah minta pada perkara-perkara akhirat. Bukanlah bermaksud hal dunia kita tak boleh minta doa tetapi janganlah diberi keutamaan kerana kehidupan dunia ini hanya sementara saja.

Tetapi.....berapa ramai yg berdoa supaya ALLAH tunjuk jalan yg benar?

Berapa ramai yang berdoa supaya ALLAH memberi rahmat NYA utk masuk syurga?

Berapa ramai yg berdoa agar ALLAH terima amal soleh nya?

Berapa ramai yg berdoa agar ALLAH ampunkan semua dosa nya?

Doa adalah salah satu perkara yg amat penting malah dalam Quran, ALLAH banyak memberi penekanan tentang doa serta lafaz-lafaz doa yg diajar adalah kebanyakkannya utk memohon kebaikan di akhirat. ALLAH ajar kita cara berdoa dengan diberikan contoh cara para Nabi dan Rasul NYA berdoa, ajar lafaz-lafaz doa dan berbagai lagi perkara yg berkaitan tauhid dalam berdoa...bahkan bukan itu saja, ALLAH TA'ALA juga beritahu dengan lengkap pada kita tentang syirik dalam berdoa sepertimana lengkapnya ALLAH beritahu hal tauhid dlm berdoa.

ALLAH Maha Mendengar akan doa hamba-hamba NYA yang dengan perlahan merayu, mengharap agar ALLAH memakbulkan doa dan Maha Mengetahui bagaimana nak beri yang terbaik utk hamba-hamba NYA yang berdoa.

Surah Maryam, Verse 3:
إِذْ نَادَىٰ رَبَّهُ نِدَاءً خَفِيًّا

(Ingatkanlah peristiwa) ketika Nabi Zakaria berdoa kepada Tuhan nya dengan doa permohonan secara perlahan.

Surah Maryam, Verse 4:
قَالَ رَبِّ إِنِّي وَهَنَ الْعَظْمُ مِنِّي وَاشْتَعَلَ الرَّأْسُ شَيْبًا وَلَمْ أَكُن بِدُعَائِكَ رَبِّ شَقِيًّا

Ia merayu dengan berkata: Wahai Tuhanku! Sesungguhnya telah lemahlah tulang -tulangku, dan telah putih melepaklah uban kepalaku; dan aku - wahai Tuhanku - tidak pernah merasa hampa dengan doa permohonanku kepadaMu.

Ayat 3-4 Surah Mariam ini adalah salah satu contoh yg ALLAH beri sebagai cara yang benar utk berdoa. Antaranya doa kena baca perlahan, kena merayu mengharapkan ALLAH makhbulkan doa serta tidak berputus asa dalam berdoa memohon sesuatu seperti contoh Nabi Zakaria yg berdoa minta anak yg mewarisi tugas sebar ugama. ALLAH makhbulkan doa dengan diberikan anak dan diangkat pula menjadi Nabi iaitu Nabi Yahya. Jadi, sesiapa yang nak berdoa mintak anak yg soleh/solehah...lafaz doa Nabi Zakaria ni boleh dijadikan sebagai asas.

Wahai saudara-saudara ku semua. Ingat dan yakinlah bahawa ALLAH sajalah Tuhan yg layak dan patut disembah...Maka,  berdoalah kita terus pada NYA saja tanpa guna perantaraan. Inilah "Jalan Lurus".

Surah Ghafir, Verse 60:
وَقَالَ رَبُّكُمُ ادْعُونِي أَسْتَجِبْ لَكُمْ إِنَّ الَّذِينَ يَسْتَكْبِرُونَ عَنْ عِبَادَتِي سَيَدْخُلُونَ جَهَنَّمَ دَاخِرِينَ

Dan Tuhan kamu berfirman: "Berdoalah kamu terus kepadaKu nescaya Aku perkenankan doa permohonan kamu. Sesungguhnya orang-orang yang sombong takbur daripada beribadat dan berdoa terus kepadaKu, akan masuk neraka Jahannam dalam keadaan hina.

Wallahu'alam

No comments:

Post a Comment