Tuesday, September 15, 2015

Tauhid Dalam Berdoa....

Bismillah
Surah Al-Baqara, Verse 127:
وَإِذْ يَرْفَعُ إِبْرَاهِيمُ الْقَوَاعِدَ مِنَ الْبَيْتِ وَإِسْمَاعِيلُ رَبَّنَا تَقَبَّلْ مِنَّا إِنَّكَ أَنتَ السَّمِيعُ الْعَلِيمُ

Dan (ingatlah) ketika Nabi Ibrahim bersama-sama Nabi Ismail meninggikan binaan asas-asas (tapak) Baitullah (Kaabah) itu, sambil keduanya berdoa dengan berkata: "Wahai Tuhan kami! Terimalah daripada kami (amal kami); sesungguhnya Engkaulah yang Maha Mendengar, lagi Maha mengetahui;

Lazimnya di dalam Quran, jika penghujung ayat menyatakan sifat ALLAH Yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui bermakna ayat itu adalah berkaitan DOA. Rujuk ayat di atas, Surah Al Baqarah ayat 127.

Ayat ini adalah salah satu wahyu ALLAH dalam mengajar kita betapa pentingnya doa sehinggakan amal soleh yang kita buat pun, kena berdoa agar diterima ALLAH.

Kebanyakkan orang kebiasaannya berdoa mintak umur panjang, murah rezeki dan berbagai-bagai lagi nikmat dunia yg lain sedangkan keutamaan dalam berdoa adalah minta pada perkara-perkara akhirat. Bukanlah bermaksud hal dunia kita tak boleh minta doa tetapi janganlah diberi keutamaan kerana kehidupan dunia ini hanya sementara saja.

Tetapi.....berapa ramai yg berdoa supaya ALLAH tunjuk jalan yg benar?

Berapa ramai yang berdoa supaya ALLAH memberi rahmat NYA utk masuk syurga?

Berapa ramai yg berdoa agar ALLAH terima amal soleh nya?

Berapa ramai yg berdoa agar ALLAH ampunkan semua dosa nya?

Doa adalah salah satu perkara yg amat penting malah dalam Quran, ALLAH banyak memberi penekanan tentang doa serta lafaz-lafaz doa yg diajar adalah kebanyakkannya utk memohon kebaikan di akhirat. ALLAH ajar kita cara berdoa dengan diberikan contoh cara para Nabi dan Rasul NYA berdoa, ajar lafaz-lafaz doa dan berbagai lagi perkara yg berkaitan tauhid dalam berdoa...bahkan bukan itu saja, ALLAH TA'ALA juga beritahu dengan lengkap pada kita tentang syirik dalam berdoa sepertimana lengkapnya ALLAH beritahu hal tauhid dlm berdoa.

ALLAH Maha Mendengar akan doa hamba-hamba NYA yang dengan perlahan merayu, mengharap agar ALLAH memakbulkan doa dan Maha Mengetahui bagaimana nak beri yang terbaik utk hamba-hamba NYA yang berdoa.

Surah Maryam, Verse 3:
إِذْ نَادَىٰ رَبَّهُ نِدَاءً خَفِيًّا

(Ingatkanlah peristiwa) ketika Nabi Zakaria berdoa kepada Tuhan nya dengan doa permohonan secara perlahan.

Surah Maryam, Verse 4:
قَالَ رَبِّ إِنِّي وَهَنَ الْعَظْمُ مِنِّي وَاشْتَعَلَ الرَّأْسُ شَيْبًا وَلَمْ أَكُن بِدُعَائِكَ رَبِّ شَقِيًّا

Ia merayu dengan berkata: Wahai Tuhanku! Sesungguhnya telah lemahlah tulang -tulangku, dan telah putih melepaklah uban kepalaku; dan aku - wahai Tuhanku - tidak pernah merasa hampa dengan doa permohonanku kepadaMu.

Ayat 3-4 Surah Mariam ini adalah salah satu contoh yg ALLAH beri sebagai cara yang benar utk berdoa. Antaranya doa kena baca perlahan, kena merayu mengharapkan ALLAH makhbulkan doa serta tidak berputus asa dalam berdoa memohon sesuatu seperti contoh Nabi Zakaria yg berdoa minta anak yg mewarisi tugas sebar ugama. ALLAH makhbulkan doa dengan diberikan anak dan diangkat pula menjadi Nabi iaitu Nabi Yahya. Jadi, sesiapa yang nak berdoa mintak anak yg soleh/solehah...lafaz doa Nabi Zakaria ni boleh dijadikan sebagai asas.

Wahai saudara-saudara ku semua. Ingat dan yakinlah bahawa ALLAH sajalah Tuhan yg layak dan patut disembah...Maka,  berdoalah kita terus pada NYA saja tanpa guna perantaraan. Inilah "Jalan Lurus".

Surah Ghafir, Verse 60:
وَقَالَ رَبُّكُمُ ادْعُونِي أَسْتَجِبْ لَكُمْ إِنَّ الَّذِينَ يَسْتَكْبِرُونَ عَنْ عِبَادَتِي سَيَدْخُلُونَ جَهَنَّمَ دَاخِرِينَ

Dan Tuhan kamu berfirman: "Berdoalah kamu terus kepadaKu nescaya Aku perkenankan doa permohonan kamu. Sesungguhnya orang-orang yang sombong takbur daripada beribadat dan berdoa terus kepadaKu, akan masuk neraka Jahannam dalam keadaan hina.

Wallahu'alam

Friday, September 11, 2015

Wahabi - Abdul Wahab, Abdul Wahib dan Abdul Wahub

BISMILLAH
Antara Wahabi dan "Ahli Sunnah Wal Jamaah"...yang mana satu golongan yang benar di atas landasan Quran dan Sunnah?

Dalam mengerjakan sesuatu perkara yang melibatkan ugama, kita diperintahkan supaya hanya melakukan apa yang ALLAH syariatkan sahaja dan syariat ini mesti berdasarkan dalil yang benar dan sohih sama ada ianya dari Quran atau pun Sunnah Rasul NYA yang ditulis sebagai Hadis.

Sekiranya tidak berdasarkan dalil yang benar dan sohih, maka ianya disebut sebagai "hawa nafsu".

Surah Al-Jathiya, Verse 18:
ثُمَّ جَعَلْنَاكَ عَلَىٰ شَرِيعَةٍ مِّنَ الْأَمْرِ فَاتَّبِعْهَا وَلَا تَتَّبِعْ أَهْوَاءَ الَّذِينَ لَا يَعْلَمُونَ

Kesudahannya Kami jadikan engkau (wahai Muhammad dan utuskan engkau) menjalankan satu Syariat (yang cukup lengkap) dari hukum-hukum ugama; maka turutlah Syariat itu, dan janganlah engkau menurut hawa nafsu orang-orang yang tidak mengetahui (perkara yang benar).

Bila ditanya pada pelaku-pelaku ibadat-ibadat rekaan, mereka akan berhujah serta berdalilkan logik akal untuk menghalalkan ibadat-ibadat tersebut.

Mereka pula "menyangka" bahawa ibadat-ibadat rekaan tersebut akan diberikan ganjaran pahala oleh ALLAH SWT padahal apa yang mereka kata itu adalah satu pendustaan yang besar terhadap ALLAH sehingga ALLAH memasukkan mereka dalam golongan orang-orang yang "teramat" zalim terhadap NYA.

Firman ALLAH dalam surah Hud, Verse 18:
وَمَنْ أَظْلَمُ مِمَّنِ افْتَرَىٰ عَلَى اللَّهِ كَذِبًا أُولَٰئِكَ يُعْرَضُونَ عَلَىٰ رَبِّهِمْ وَيَقُولُ الْأَشْهَادُ هَٰؤُلَاءِ الَّذِينَ كَذَبُوا عَلَىٰ رَبِّهِمْ أَلَا لَعْنَةُ اللَّهِ عَلَى الظَّالِمِينَ

Dan tidak ada yang lebih zalim daripada orang-orang yang mereka-reka perkara-perkara dusta terhadap Allah! Orang-orang yang demikian sifatnya akan dibawa mengadap Tuhan mereka, dan pada hari itu akan berkatalah saksi-saksi (dari malaikat-malaikat, Nabi-nabi, dan anggota-anggota tubuh mereka sendiri): "Inilah orang-orang yang membuat-buat dusta terhadap Tuhan mereka". Ketahuilah (sesungguhnya) laknat Allah tertimpa kepada orang-orang yang zalim!

Siapakah yang orang-orang yang zalim itu? Orang-orang zalim itu adalah orang-orang yang seperti ayat berikutnya iaitu

Surah Hud, Verse 19:
الَّذِينَ يَصُدُّونَ عَن سَبِيلِ اللَّهِ وَيَبْغُونَهَا عِوَجًا وَهُم بِالْآخِرَةِ هُمْ كَافِرُونَ

Orang-orang yang menghalang dirinya sendiri dan orang lain dari jalan ugama Allah dan berusaha supaya jalan itu menjadi bengkok terpesong, sedang mereka pula ingkarkan hari akhirat;

Kalau ditafsirkan ayat 19 surah hud ini dengan situasi semasa, mereka ini lazimnya adalah puak yang menentang apabila dikatakan bahawa ibadat yg mereka amalkan itu bukan ibadat ajaran Nabi. Mereka bermatian-matian mempertahankannya dengan hujah-hujah akal yang dapat menarik sokongan orang ramai terhadap hujah akal nya itu. Inilah yang dimaksudkan sbg org-org yg menghalangi dirinya sendiri dan org lain dari mengikuti jalan ugama ALLAH yang lurus. Mereka mempertahankan ibadat-ibadat rekaan ini dengan hujah-hujah bathil supaya orang lain turut sama mengikuti jalan yang bengkok itu.

Mereka yang reka syariat mengelarkan diri mereka "Ahli Sunnah Wal Jamaah" Manakala penyeru-penyeru kebenaran Tauhid dan Sunnah pula dilabelkan sebagai Wahabi dgn diberikan gambaran dan identiti yang buruk pada istilah Wahabi itu.

Apakah layak bagi mereka mengaku "Ahli Sunnah" sedangkan apa yang mereka amalkan itu bukannya dari Sunnah Nabi?

Wallahua'lam

Thursday, September 10, 2015

Mari kita sedekahkan Al-Fatihah....!!!!!.Mengapa tidak Al-Baqarah atau Al-Maidah????

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM

Nabi Muhammad SAW mengajar sahabat-sahabat dan umatnya agar apabila mendengar berita kematian...maka ucaplah

إِنَّا لِلّهِ وَإِنَّـا إِلَيْهِ رَاجِعونَ

dan berdoa agar ALLAH mengampunkan dosa-dosa si mati
اللهم اغْفِرْ له وارْحَمه وعافِه واعفُعنه

Ya Allah, ampunilah dia, rahmatilah dia, maafkanlah dia, ampunilah kesalahannya
Semoga rohnya di letakkan bersama orang-orang solihin.

Hantar atau sedekah atau hadiah atau baca surah fatihah pada si mati ini bukan dari ajaran Nabi.

Nabi Muhammad tidak sekali-kali akan buat sesuatu perkara atau amalan yang bukan dari wahyu ALLAH. Apa yang Nabi ajar pada kita adalah semuanya Wahyu dari ALLAH.

Islam ini adalah agama yang di dalamnya terkandung amal ibadat yang telah di Wahyukan ALLAH pada Nabi dan Nabi hanya buat dan ajar pada kita amal dan ibadat yang ALLAH wahyukan sahaja. Tidaklah Nabi kita ni seorang yang mereka-reka ugama dengan kehendak Baginda sendiri.

Surah An-Najm, Verse 2:
مَا ضَلَّ صَاحِبُكُمْ وَمَا غَوَىٰ

Rakan kamu (Nabi Muhammad yang kamu tuduh dengan berbagai tuduhan itu), tidaklah ia menyeleweng (dari jalan yang benar), dan ia pula tidak sesat (dengan kepercayaan yang salah).

Surah An-Najm, Verse 3:
وَمَا يَنطِقُ عَنِ الْهَوَىٰ

Dan ia tidak memperkatakan (sesuatu yang berhubung dengan ugama Islam) menurut kemahuan dan pendapatnya sendiri.

Surah An-Najm, Verse 4:
إِنْ هُوَ إِلَّا وَحْيٌ يُوحَىٰ

Segala yang diperkatakannya itu (sama ada Al-Quran atau hadis) tidak lain hanyalah wahyu yang diwahyukan kepadanya.

Mudah-mudahan, 3 ayat dari surah An-Najm iaitu ayat 2-4 ini dapat menerangkan pada sedara-sedara bahawa agama Islam ini tidak boleh reka dan tidak boleh beramal kepada perkara-perkara atau amalan-amalan yang bukan dari Wahyu ALLAH dan ingatlah bahawa agama Islam ini adalah hak milik ALLAH sepenuhnya.

Semoga kita semua diberi petunjuk dan hidayah agar kembali kepada agama ALLAH yang sebenarnya seperti yang terkandung dalam Quran dan Hadis.

Belajar Free.....

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM
FREE OF CHARGE.....

Surah Ya Seen, Verse 21:
اتَّبِعُوا مَن لَّا يَسْأَلُكُمْ أَجْرًا وَهُم مُّهْتَدُونَ

"Turutlah orang-orang yang tidak meminta kapada kamu sesuatu balasan, sedang mereka adalah orang-orang mendapat hidayah petunjuk".

Wednesday, September 9, 2015

Pujalah ALLAH sahaja

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM.

Surah Yunus, Verse 28:
وَيَوْمَ نَحْشُرُهُمْ جَمِيعًا ثُمَّ نَقُولُ لِلَّذِينَ أَشْرَكُوا مَكَانَكُمْ أَنتُمْ وَشُرَكَاؤُكُمْ فَزَيَّلْنَا بَيْنَهُمْ وَقَالَ شُرَكَاؤُهُم مَّا كُنتُمْ إِيَّانَا تَعْبُدُونَ

Dan (ingatlah) masa Kami himpunkan mereka semua (pada hari kiamat), kemudian Kami berfirman kepada orang-orang musyrik: "Tunggulah di tempat kamu semua, kamu dan makhluk-makhluk yang kamu jadikan sekutu"; sesudah itu kami putuskan perhubungan baik di antara mereka. Dan berkatalah makhluk-makhluk yang mereka sembah itu (sebagai berlepas diri): "Bukanlah kami - yang kamu puja dan taat (sebenarnya kamu hanya memuja dan mentaati hawa nafsu kamu sendiri)!

Surah Yunus, Verse 29:
فَكَفَىٰ بِاللَّهِ شَهِيدًا بَيْنَنَا وَبَيْنَكُمْ إِن كُنَّا عَنْ عِبَادَتِكُمْ لَغَافِلِينَ

"(Allah mengetahui apa yang sebenarnya); oleh itu, cukuplah Allah sebagai saksi antara kami dengan kamu, bahawa sesungguhnya kami tidak menyedari pujaan atau penyembahan kamu (kepada kami)".

👆Dihari pembalasan kelak, ALLAH akan himpunkan makhluk yang menyeru utk ditemukan dengan makhluk yg diseru. Dan sesudah itu, ALLAH akan memutuskan hubungan baik di antara mereka.

Kalau yang puja Nabi Muhammad, maka Nabi Muhammad akan dipanggil berhadapan dengan pemuja-pemuja Nabi Muhammad.(Habib)

Kalau yang puja Nabi Isa, maka Nabi Isa akan dipanggil berhadapan dengan pemuja-pemuja Nabi Isa.(Kristian)

Kalau yang puja Saidina Husin, maka Saidina Husin akan dipanggil berhadapan dengan pemuja-pemuja Saidina Husin.(Syiah)

Maka akan berkatalah mereka-mereka yang dipuja ini pada si pemuja bahawa mereka hanya memuja hawa nafsu mereka sendiri kerana....ayat seterusnya iaitu ayat 29 surah Yunus menerangkan yang dipuja mendakwa bahawa mereka tidak tahu menahu atau sedar akan pemujaan si pemuja terhadap mereka yg dipuja. Bermakna segala ibadat atau amalan terhadap pujaan masing2 adalah sia-sia belaka.

* Biasanya pemujaan ini melibatkan orang2 yg sudah mati seperti contoh Nabi-Nabi, Sahabat-Sahabat Nabi, Ahli2 keluarga Nabi, Wali-Wali, Tok2 Guru dan seumpamanya yang dianggap rapat dengan ALLAH.

* Hajat2 si pemuja kepada yg dipuja ini pula berkait dengan hal nakkan syafaat (pertolongan), nak minta sampaikan doa (tawasul), nakkan berkat dan lain-lain hajat.

* Jadi bila berkehendak kepada hajat-hajat dunia dan akhirat mereka itu dimakbulkan ALLAH, maka mereka reka cipta pula ibadat atau amalan khusus pada pujaan-pujaan mereka dengan sangkaan agar dapat mewujudkan hubungan baik diantara mereka dengan pujaan masing2. Contohnya hantar fatihah, hantar pahala, yahanana, barzanji, maulid utk Nabi Muhammad, krismas utk Nabi Isa, hari asyyura (memperingati kematian saidina husin), marhaban dan berbagai lagi ibadat atau amalan karut lain.

* Mereka si pemuja ini bersangka bahawa dengan wujudnya hubungan baik terhadap pujaan mereka, dapatlah pujaan mereka tu menjadi penyelamat mereka dr azab ALLAH serta menjadi wakil ALLAH sebagai tukang "recommend" supaya ALLAh memakhbulkan hajat-hajat meraka yg lain.

* Kristian mengangkat Nabi Isa sebagai anak ALLAH kerana nakkan Nabi Isa ni rapat dgn ALLAH. Bila rapat, maka lantik Nabi Isa sebagai wakil (perantaraan) utk sampaikan ibadat, doa serta boleh menjadi penyelamat mereka bila di hari pembalasan kelak. Jadi kristian ini akan reka cipta ibadat sendiri khas utk Nabi Isa sebagai tanda mewujudkan hubungan baik diantara kristian dan Nabi Isa. Pemujaan Syiah, Habib, Tarikat dan segala macam ajaran karut adalah bertujuan yg sama seperti ajaran kristian. Yang berbeza adalah orang yg menjadi pujaan mereka.

Jadi ayat di bawah ini amat sesuai utk kristian dan seumpamanya....

Surah Al-Maeda, Verse 17:
لَّقَدْ كَفَرَ الَّذِينَ قَالُوا إِنَّ اللَّهَ هُوَ الْمَسِيحُ ابْنُ مَرْيَمَ قُلْ فَمَن يَمْلِكُ مِنَ اللَّهِ شَيْئًا إِنْ أَرَادَ أَن يُهْلِكَ الْمَسِيحَ ابْنَ مَرْيَمَ وَأُمَّهُ وَمَن فِي الْأَرْضِ جَمِيعًا وَلِلَّهِ مُلْكُ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ وَمَا بَيْنَهُمَا يَخْلُقُ مَا يَشَاءُ وَاللَّهُ عَلَىٰ كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ

Demi sesungguhnya, kafirlah orang-orang yang berkata: "Bahawasanya Allah ialah Al-Masih Ibni Maryam) katakanlah (wahai Muhammad): "(Dakwaan itu tidak benar) kerana siapakah yang dapat menahan (seksa) dari Allah sedikit jua pun kalau Ia mahu membinasakan Al-Masih Ibni Maryam beserta ibunya dan orang-orang yang ada di muka bumi semuanya?" Dan (ingatlah) bagi Allah jualah kuasa pemerintahan langit dan bumi dan segala yang ada di antara keduanya. Ia menciptakan apa jua yang dikehendakiNya. Dan (ingatlah) Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu.

Ringkasan tafsir : ALLAH tanya pada kristian....SIAPA yg boleh selamatkan Nabi Isa dan Mak Nabi Isa serta seluruh manusia jika ALLAH nak binasakan kesemua nya???? Sudah tentulah jawapan nya hanya ALLAH saja yang boleh selamatkan kita. Jadi, bila Nabi Isa (Nabi Muhammad, Saidina Husin) pun tak ada kuasa nak selamatkan sesiapa, kenapa masih nak puja mereka???

Hanya ALLAH sahaja yang Maha Berkuasa di atas segala sesuatu kerana DIA adalah pemilik apa juga yang di langit dan apa juga yang di bumi semua sekali.

Jadi pujalah ALLAH sahaja kerana hanya DIA sahaja penyelamat kamu beserta pujaan kamu semua sekali.

Tuesday, September 8, 2015

Taknak ke jumpa dengan Pencipta kita?????

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM.
Selama ini, ada tak sesiapa yg beritahu tentang nikmat yang paling besar berbanding nikmat-nikmat lain yg diperolehi oleh ahli-ahli Syurga? Sila baca artikel ini untuk mengetahuinya. Semoga bermanfaat.

Tafsir dan penerangan ringkas surah Yasin ayat 54 sehingga ayat 58.

Surah Ya Seen, Verse 54:
فَالْيَوْمَ لَا تُظْلَمُ نَفْسٌ شَيْئًا وَلَا تُجْزَوْنَ إِلَّا مَا كُنتُمْ تَعْمَلُونَ

Maka pada hari itu, tidak ada seseorang yang akan dianiaya sedikitpun, dan kamu pula tidak akan dibalas melainkan menurut amal yang kamu telah kerjakan.

👆Tafsir dan penerangan ringkas : Pada hari pembalasan kelak, ALLAH hanya akan membalas segala amal kebaikan dan keburukkan terhadap apa yg seseorang itu buat sahaja. Maka segala amalan dari orang lain seperti sedekah fatihah, majlis tahlil utk hantar pahala, sedekah pahala bacaan Quran utk si mati sudah pastinya adalah perbuatan yg sia-sia kerana amalan tersebut bukanlah usaha simati utk ALLAH berikan balasan.

Surah Ya Seen, Verse 55:
إِنَّ أَصْحَابَ الْجَنَّةِ الْيَوْمَ فِي شُغُلٍ فَاكِهُونَ

Sesungguhnya penduduk Syurga pada hari itu, berada dalam keadaan sibuk leka menikmati kesenangan;

👆Tafsir dan penerangan ringkas : Bagi sesiapa yg mendapat balasan syurga dari ALLAH, mereka2 ini akan sentiasa "enjoy" ke tahap yg sgt melekakan. Setiap apa yg mereka perolehi adalah nikmat yg sentiasa bertambah. Satu contoh, bila makan hidangan syurga, nikmat suapan kedua akan lebih bertambah berbanding suapan pertama manakala nikmat suapan ketiga akan bertambah berbanding suapan kedua dan begitulah seterusnya....sentiasa bertambah-tambah nikmat.

Surah Ya Seen, Verse 56:
هُمْ وَأَزْوَاجُهُمْ فِي ظِلَالٍ عَلَى الْأَرَائِكِ مُتَّكِئُونَ

Mereka dengan pasangan-pasangan mereka bersukaria di tempat yang teduh, sambil duduk berbaring di atas pelamin;

👆Tafsir dan penerangan ringkas : mereka penghuni syurga akan hidup berpasangan(kahwin) iaitu lelaki beriman akan berpasangan dengan perempuan yg beriman. pasangan mereka di syurga adalah yg paling cantik/paling hensem sekali berbanding bidadari2 serta pelayan2 syurga.

Surah Ya Seen, Verse 57:
لَهُمْ فِيهَا فَاكِهَةٌ وَلَهُم مَّا يَدَّعُونَ

Mereka beroleh dalam Syurga itu pelbagai jenis buah-buahan, dan mereka beroleh apa sahaja yang mereka kehendaki;

👆Tafsir dan penerangan ringkas : Segala mcm buah-buahan ada di syurga. Apa jua keinginan sewaktu di dunia dulu serta keinginan baru yg terfikir ketika dalam syurga, semuanya pasti dapat.

*Boleh rujuk surah waqiah ayat 12-40 utk merujuk secara detail nikmat-nikmat yg ahli syurga perolehi.

Surah Ya Seen, Verse 58:
سَلَامٌ قَوْلًا مِّن رَّبٍّ رَّحِيمٍ

(Mereka juga beroleh) ucapan salam sejahtera dari Tuhan Yang Maha Mengasihani.

👆 Tafsir dan penerangan ringkas : Inilah nikmat yang paling besar mendahului segala nikmat-nikmat syurga yg lain iaitu apabila ALLAH memberikan ucapan salam serta memperlihatkan "diri" NYA secara zahir pada hamba2 NYA penduduk syurga.

Terpaku mereka ahli-ahli syurga sehingga lupa akan segala nikmat-nikmat syurga yang lain apabila dapat ucapan salam dan melihat ALLAH.

Betapa gembiranya mereka ahli2 syurga sehingga tidak dapat berkata-kata apabila dapat berjumpa dan melihat Pencipta mereka.

Soalan : Tidakkah kita ada keinginan untuk berjumpa dan melihat Pencipta kita iaitu ALLAH?

Wallahua'lam

Periksa akidah kita melalui shahadah - Part 2

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM.
Kalimah Kedua.

Kali ini akan dijelaskan pula tafsir bagi kalimah

وأشهد أن محمدا رسول الله
Tafsir atau maksud sebenar kalimah kedua ini pula adalah Aku berjanji pada MU ya ALLAH bahawa aku "HANYA" taat pada ajaran Nabi Muhammad Rasul ALLAH.

Kalimah kedua ini adalah perjanjian kita pada ALLAH untuk taat pada ajaran Nabi Muhammad yang dilantik ALLAH sebagai pesuruh NYA.

Apakah tugas Nabi Muhammad sebagai pesuruh ALLAH?
Tugas Nabi Muhammad hanyalah menerima, mengamal serta menyebar wahyu ALLAH Ta'ala.

Adakah Nabi mempunyai hak untuk mereka cipta syariat, ibadah atau amalan dalam ugama Islam?
Jawapannya "TIDAK!". Dalam surah Yunus ayat 15, Nabi Muhammad membuat pengakuan bahawa Baginda tidak mempunyai hak untuk mereka cipta syariat, ibadat atau amalan dalam ugama Islam. Baginda "HANYA" menurut terhadap apa yang ALLAH perintahkan (wahyukan) sahaja.

وَإِذَا تُتْلَىٰ عَلَيْهِمْ آيَاتُنَا بَيِّنَاتٍ قَالَ الَّذِينَ لَا يَرْجُونَ لِقَاءَنَا ائْتِ بِقُرْآنٍ غَيْرِ هَٰذَا أَوْ بَدِّلْهُ قُلْ مَا يَكُونُ لِي أَنْ أُبَدِّلَهُ مِن تِلْقَاءِ نَفْسِي إِنْ أَتَّبِعُ إِلَّا مَا يُوحَىٰ إِلَيَّ إِنِّي أَخَافُ إِنْ عَصَيْتُ رَبِّي عَذَابَ يَوْمٍ عَظِيمٍ

Dan apabila dibacakan kepada mereka ayat-ayat Kami yang jelas nyata, berkatalah orang-orang yang tidak menaruh ingatan menemui Kami (untuk menerima balasan): "Bawalah Quran yang lain daripada ini atau tukarkanlah dia ". Katakanlah (wahai Muhammad): "Aku tidak berhak menukarkannya dengan kemahuanku sendiri, aku hanya tetap menurut apa yang diwahyukan kepadaku sahaja. Sesungguhnya aku takut, - jika aku menderhaka kepada Tuhanku, - akan azab hari yang besar (soal jawabnya)".

Kenapa Nabi tidak mempunyai hak berbuat demikian?
Kerana Nabi tahu bahawa ugama Islam ni "HANYA" milik ALLAH sepertimana Firman ALLAH dalam sebahagian ayat 3 surah Az-Zumar.

Surah Az-Zumar, Verse 3:

أَلَا لِلَّهِ الدِّينُ الْخَالِصُ
Ingatlah! Hanya milik Allah agama yang murni (dari segala rupa bentuk syirik).

Dalil di atas mempunyai dua perkara yang ALLAH beritahu. Pertama...ALLAH beritahu pada kita bahawa Ugama Islam ni adalah milik DIA dan yang keduanya ALLAH beritahu bahawa segala syariat, ibadat atau amalan dalam ugama Islam milik DIA ini adalah bersih murni dari perkara yang mensyirikkan DIA. Bermakna, jika syariat, ibadat atau amalan yang direka (bidaah)...yang bukan dari wahyu NYA..."PASTI" ada kesyirikkan di dalamnya. Mudah fahamnya bahawa bidaah ini adalah syirik pada ALLAH.

jadi...berdasarkan dalil-dalil yang telah diberikan, jelaslah bahawa Nabi Muhammad bukanlah seorang yang boleh reka syariat, ibadat atau amalan dalam ugama Islam milik ALLAH. Segala-gala yang di langit dan di bumi semuanya milik ALLAH termasuklah ugama Islam itu sendiri.

Surah Yunus, Verse 55:
أَلَا إِنَّ لِلَّهِ مَا فِي السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ أَلَا إِنَّ وَعْدَ اللَّهِ حَقٌّ وَلَٰكِنَّ أَكْثَرَهُمْ لَا يَعْلَمُونَ

Ingatlah! Sesungguhnya segala yang ada di langit dan di bumi adalah kepunyaan Allah. Awaslah! Sesungguhnya janji Allah itu adalah benar, tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui.

Soalan pada kita...Jika Nabi lagi Rasul pun tidak mempunyai hak untuk reka cipta syariat, ibadat atau amalan dalam ugama milik ALLAH, adakah kita yang bukan Nabi ni mempunyai hak tersebut?
Soalan ni jawap sendiri...

Bagaimana hendak membezakan antara wahyu ALLAH yang menjadi sunnah Nabi Muhammad dengan bidaah syariat, ibadat atau amalan rekaan manusia yang sudah pasti bukan dari wahyu ALLAH?
Jawapannya perlu belajar memahami isi kandung Quran dan Sunnah (Hadis) kerana Quran itu sendiri bermaksud pembeza yang haq dengan yang bathil....pembeza yang tauhid dengan yang syirik. Manakala Sunnah (Hadis) adalah pembeza yang Sunnah dengan yang Bidaah....pembeza yang Nabi ajar dengan yang manusia reka.

Adakah batal perjanjian iaitu perjanjian kalimah shahadah yang kedua jika kita melakukakan ibadat yang bukan dari ajaran Nabi Muhammad kerana sesungguhnya apa yang diajar Nabi adalah wahyu dari ALLAH?
Jawapannya "BATAL" perjanjian kita yang kedua kerana kita sudah berjanji untuk taat ajaran Nabi Muhammad saja tetapi ajaran yang bukan dari Nabi pun kita taat iaitu ajaran yang direka manusia.

Apakah syariat, ibadat atau amalan dalam ugama yang direka oleh manusia?
Secara ringkasnya apa saja syariat, ibadat atau amalan yang tidak ada dalil Quran mahupun Sunnah Nabi ( dalil Hadis) semuanya rekaan.

Macam manalah keadaan orang-orang yang tidak belajar Quran dan Sunnah (Hadis) dapat memastikan bahawa ibadat atau amalan mereka selari dengan Quran dan Sunnah Nabi?

Wallahua'lam